Monday, July 7, 2008

KATA-KATA HIKMAH

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :
1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.
SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufiksebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
UMAR BIN AZIZ :
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

Thursday, July 3, 2008

C I N T A ..........

C I N T A ..........
Tuhan.... Saat aku menyukai seorang teman Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir

Tuhan..... Ketika aku merindukan seorang kekasih Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati Mu Agar kerinduanku terhadap - Mu semakin menjadi,

Tuhan....... Jika aku hendak mencintai seseorang Temukanlah aku dengan orang yang mencinatai - Mu Agar bertambah kuat cintaku pada - Mu

Tuhan...... Ketika aku sedang jatuh cinta Jagalah cinta itu Agar tidak melebihi cintaku pada - Mu Tuhan.... Ketika aku berucap aku cinta pada - Mu Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada - Mu Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan karena - Mu Sebagaimana orang bijak berucap Mencintai seseorang bukanlah apa - apa Dicintai seseorang adalah sesuatu Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah beratti Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya

Saturday, June 7, 2008

MENCARI!!!!!

Aku Mencari Keberkatan Keperluan Hidup, Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA… Aku Mencari Penerang Untuk Alam Kubur, Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM... Aku Mencari Jawapan Untuk Menjawab Soalan Malaikat, Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN… Aku Mencari Alat Untuk Berpegang Ketika Menyeberang Titian Sirat, Aku Mendapatinya Dalam PUASA & SEDEKAH… Aku Mencari Naungan ‘Arasy, Aku Mendapatinya Dalam MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA…

Friday, May 30, 2008

KeTaHuILaH!!!!!!!

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk menangis.....
Peritnya terasa.... tetapi ,
ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kita kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita mujahit kembali sejarah iman yang kian terkoyak lantaran langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman...........
uhbbukifillah.

Thursday, May 29, 2008

AZAM YANG SUCI

AZAM YANG SUCI

Tersedarku dari lamunan,
Sejarah pahit kulupakan,
Ku semaikan benih-benih harapan,
Bersama sejuta impian,




Dengan azam dan keyakinan,
Tempuh cabaran kehidupan,
Terujilah segala ketabahan,
Berikanlah ku kekuatan dan keimanan,


Kumengharapkan kejayaan,
Menanti dihadapan,
Namun hakikat belum nyata,
Harus berusaha,


Suatu hari nanti,
Pasti aku berjaya,
Akan aku buktikan,
Padamu ayahbonda,


Disitu kita lihat, kebenaran hakikat,
Impian jadi nyata, kata telah dikota,
Bukan khayalan dan bukan lakonan,
Tapi inilah kenyataan,


Kerana cita diiringi doa,
Pasti aku akan berjaya.